ASAS ILMU TASAWUF & TAREKAT

  PENDAHULUAN

Bsimillahirrahmannirahim

Artikel ini adalah merupakan artikel pendapat peribadi saya sendiri berkaitan ilmu Tasawuf ataupun Tarekat. Ianya dibuat agar para pencinta ilmu agama Islam berpeluang mendapatkan info asas ilmu Tasawuf sebagai permulaan.

Perkongsian ini adalah bersumberkan daripada beberapa bahan bacaan yang saya ada. Justeru itulah saya berkongsi sedikit berkaitan ilmu Tasawuf melalui ilmu yang saya ada. 

Saya ingin menegaskan bahawa atrikel ini tidaklah boleh dijadikan sumber yang teguh berkaitan ilmu tasawuf kerana saya yakin ilmu yang saya ada sangatlah sedikit dan pasti ada kekurangan ataupun kecacatan dan memohon Maaf sekiranya ada kesilapan.

Akhirkata saya memohon Doa Kepada ALLAH supaya diampunkan dosa saya jikalau artikel ini mempunyai kesilapan dan menyebabkan kekeliruan berlaku kepada para pembaca.


SUMBER RUJUKKAN 

1. Al-Quran & Terjemahannya

    Departemen Agama Repulik Indonesia  ( 1989 )

2. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran

     Bahagian Hal Ehawal Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (1995)

3. Indeks Al-Quran 

    A.S. Noordeen , 1996

4. Permata Al-Quran

    CV Rajawli 1987

5. Link ceramah Ustaz Azhar Idurs

    https://www.youtube.com/watch?v=CdMNAlsmc-g



A. RASIONAL TASAWUF


1. FAEDAH

   Menjadi hamba Allah yang akan ingat Allah swt setiap saat dengan berzikir / bertasbih nama ALLAH kecuali semasa tidur . Seperti dalam Firman Allah swt ayat 205 surah Al-Araf "Dan Ingatlah TUHAN Mu dalam hati mu."


2. VISI

   Melahirkan rasa takut kepada  Allah setiap saat selepas mengenali Allah swt melalui DzatNYA.


3. OBJEKTIF & MATLAMAT

   Menjadi hamba Allah dalam golongan Mukmin ( iaitu orang yang selalu memelihara diri         

   daripada melanggar larangan Allah swt )

4. TUJUAN

    Mendirikan ibadah dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt.


B. ALLAH MENYURUH MENDEKATKAN DIRI KEPADA NYA

Surah Al-Maidah : 35 

"Hai orang orang beriman ! Bertakwalah kepada Allah , Carilah jalan supaya dekat kepada NYA. Dan berjihadlah di jalan NYA supaya kamu berjaya."

Pendapat peribadi saya Jalan yang dimaksudkan adalah Tarekat . Kerana maksud Tarekat bagi golongan Tasawuf adalah Jalan. Zaman moden ini bolehlah disebut Silibus atau kaedah atau cara mendekatkan diri kepada Allah swt. 


C. PERINTAH ALLAH UNTUK MEMELIHARA DIRI

1. Surah Al-Maidah : 105 

    Hai orang orang beriman, kewajiban mu lah memelihara diri mu sendiri

2. Surah Al-Muminun 1,2 & 3

  "Sesungguhnya berjayalah orang orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam   solatnya Dan mereka    menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia."



D. MENGHINDARI TERGOLONG DALAM ORANG ORANG YANG DIMURKAI  ALLAH

       

 1. Surah Al-Ma'un : 4,5,6

    "Maka celakalah orang-orang yang sholat. Yang melalaikan sholatnya. Mereka ingin dilihat orang."          

2. Surah Maryam 59

    "Yang melalaikan sholat dan ikut hawa nafsunya."

3. Surah An'Nisa 142

   "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud Riya ( dengan sholat ) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit."

Nota : Saya berpendapat ayat-ayat Al-Quran seperti di atas menceritakan bagaimana orang-orang yang dimurkai oleh Allah sedang hati mereka kotor dengan unsur unsur negatif . Ibarat menyamar sebagai orang suci.Bahkan mereka dikatakan jarang berzikir / bertasbih menyebut nama Allah.


E. WAJIB MINTA BANTUAN DARIPADA  ALLAH MELALUI DOA DAN SHOLAT AGAR ILMU TASAWUF YANG DIPELAJARI TIDAK MENGELIRUKAN SI PENUNTUT ILMU


Surah Al-Baqarah 153

"Hai orang beriman ! Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan dengan Sholat. Sungguh. Allah bersama-sama orang yang sabar."


F. ALLAH JANJI AKAN MEMBIMBING

Surah Maryam 76

"Allah menambah bimbingan bagi orang yang meminta bimbingan."


G. PERINTAH IKHLAS DALAM BERIBADAH

1. Surah Al-An Nam 162

    "Sebutlah sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku demi Tuhan Semesta Alam"

2. Surah Al-Mu'Min 14

 "Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada NYA  sahaja sekalipun  orang orang     kafir tidak menyukai."

3. Surah Asy-Syu Ara 89

   "Kecuali mereka yang datang dengan hati yang Ikhlas."

4. Surah An-Najm 32

    "Dan janganlah kamu menampakkan diri itu sebagai orang suci, kerana Allah itu tahu siapa yang sebenarnya orang yang     bertakwa."

5. Surah Asy Syuara 89

"kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih" 


H. ORANG YANG BERUNTUNG MEMBERSIHKAN JIWA

1. Surah As-Syam 9

    "Sungguh beruntunglah orang yang membersihkan ( jiwa ) nya."

2. Surah Al-Baqarah 222

    "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."


I. CARA MEMBERSIHKAN HATI

1. Surah Al-Ala 14 & 15

    "Sungguh telah beruntunglah orang yang mensucikan dirinya. Menyebut nama Tuhanya dan menjalankan sholat."

Nota : Saya berpendapat Ayat ini menerangkan bahawa orang yang berusaha membersihan hatinya daripada unsur-unsur negatif mengamalkan zikirullah atau bertasbih dengan nama nama Allah dan melakukan sholat. Itulah selalunya golongan Tasawuf selalu membawa tasbih dan berzikir menyebut Nama Allah dialam hati mereka. 


J. MENJADI HAMBA ALLAH YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT SEMATA MATA

1. Surah Al-Baqarah 235

    "Maka takutlah kepada Allah. Ketahuilah Allah Maha Pengampun dan Maha Penyantun."

2. Surah Al-Hajj 35

    "( iaitu ) orang orang yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka."

3. Al-Mu'Minun 57

    "Sesungguhnya orang orang yang berhati-hati takut akan (azab ) Tuhan mereka."

4. Surah An Nur 52

    "Dan Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul NYA, dan Takut Kepada Allah dan bertakwa kepada NYA maka mereka      adalah orang-orang yang mendapat kemenangan."

5. Surah As Sajadah 16

    "Sedang mereka kepada Tuhan NYA dengan rasa takut dan harap"

6. Surah Al-Ala 10

   " Orang yang takut ( kepada Allah ) akan mendapat pelajaran"


Nota : Bagi pendapat saya, perasaan takut kepada Allah selalu merupakan tanda seseorang itu sangat mengenali Allah swt ibarat sudah tahu Dzat Allah dan sedar Allah sentiasa mengawasi dirinya.


K. MENGENAL DZAT ALLAH KEMUNCAK IMAN ( Makrifatullah )

1. Surah Al-Baqarah 115

    :Maka ke mana pun kamu menghadap, di situ wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas lagi Mengetahui"

2. Surah Al-Baqarah 186

    "Dan apabila hamba hamba KU bertanya kepada mu tentang AKU, bahawa AKU sangat dekat."

3. Surah Qaf 16

    "KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

4. Surah Al-Hadad 4

    "Dan DIA bersama kamu dimana sahaja kamu berada"

5. Surah Al-Mumin 7

    "Tuhan kami, KAU meliputi segala sesuatu dengan rahmat dan ilmu"

6. Surah An-Nisa 1

    "Sungguh Allah selalu mengawasi kamu."

7. Surah An-Nisa 126

    " Kepunyaan Allah lah apa yang di langit & di bumi. Dan Adalah Allah Maha Meliputi segala sesuatu.

8. Surah Fushilat 54

"......Ingatlah bahawa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu"


BILA HATI SUDAH BERSIH, BILA IBADAH DIBUAT IKHLAS, BILA AKHLAK BERTAMBAH BAIK DAN BILA IBADAH DITERIMA ALLAH, MAKA TIDAK MUSTAHIL MENJADI GOLONGAN MUKMIN DAN PASTI GANJARANNYA ADALAH


" Ketahuilah kekasih-kekasih Allah, tiada mereka perlu dikhuatirkan dan tiada mereka berdukacita. ( Iaitu ) orang orang beriman, yang sentiasa menjaga diri dan tiada mereka berdukacita. Bagi mereka kegembiraan dalam hidup di dunia dan di akhirat. Tiada perubahan dalam janji-janji Allah. Inilah kemenangan yang gemilang."

Surah Yunus 62 & 63


Akhir kata

Sesugguhnya kita tahu Allah swt mempunyai 99 Nama ataupun Asma Hul husna, dan jika kita bernasib baik namanya yang ke 100 ada di ayat seperti di atas. Kerana itulah nama Dzat Allah swt. 

Sesungguhnya bagi kita yang ingin mendalami ilmu Tasawuf wajiblah kita berniat untuk berusaha dalam golongan hamba Allah swt yang berdarjat Mukmin dan tiada kita dapat mendapat darjat itu selain daripada mempunyai ilmu Maskrifatullah. Bila Dzat Allah swt diketahui,maka mendorong kita untuk takut kepada DIA, Ikhlas beribadah kepada DIA, Ingat selalu Kerana DIA, Rindu kepada DIA dan berusaha memastikan perbaiki diri kerana DIA.

Wala Hu Alam Bissawab 

Dan Allah Lah Yang Lagi Maha Benar Dan Mengetahui

Comments

Popular posts from this blog

SALAH FAHAM ILMU TASAWUF

TIPS SHOLAT KHUSYUK