SALAH FAHAM ILMU TASAWUF
Pengenalan
Ilmu Tasawuf
adalah salah satu ilmu Agama Islam yang suci. Seperti juga Ilmu Tauhid &
Ilmu Fekah, Ilmu Tasawuf adalah sama
darjatnya. Ilmu Tasawuf walaupun tidak
di ajar di sekolah namun ianya adalah ilmu yang Tidak dilarang dipelajari oleh
umat Islam terutamanya di Malaysia.
Setiap ilmu kita pelajari sudah pasti inginkan manafaatnya. Justeru itu
apakah manafaat ilmu Tasawuf ?
1. FAEDAH
Menjadi hamba Allah yang akan INGAT Allah
swt setiap saat dengan berzikir / bertasbih nama ALLAH kecuali
semasa tidur . Seperti dalam Firman Allah swt ayat 205 surah Al-Araf Dan "Ingatlah TUHAN Mu dalam hati mu."
2. VISI
Melahirkan rasa TAKUT kepada Allah setiap saat selepas mengenali Allah
swt melalui DzatNYA.
3. OBJEKTIF
Menjadi hamba Allah dalam golongan Mukmin ( iaitu orang yang selalu memelihara diri daripada melanggar larangan Allah swt )
4. TUJUAN
Membersihankan hati
daripada unsur unsur Negatif agar melaksanakan ibadah dengan hati sangat
ikhlas.
NABI MUHAMMAD SAW PENGASAS ILMU TASAWUF
Jika kita baca kisah para Rasul terutamanya Kisah Nabi
Muhammad saw, kita dapati Baginda mempunyai Akidah yang sangat Istimewa dan
akhlak yang luhur. Kita juga tahu Baginda Nabi Muhammad saw adalah manusia
seperti kita. Apakah rahsia akidah dan akhlak Baginda sebenarnya ? Rahsia
tersebut pernah diucapkan oleh Baginda sendiri iaitu “Hati Yang Baik &
Bersih”. Menurut Imam Al-Ghazali Hati adalah Raja pada jasad Manusia kerana
Hati lah yang membuat keputusan untuk setiap tindakan. Justeru itulah Ilmu
Tasawuf juga dikenali sebagai Ilmu Rohani atau Ilmu Batin. Bagi golongan yang
sudah tergerak hati mereka untuk mencontohi Baginda Nabi Muhammad saw samada
ibadah dan Akhlak, maka ilmu Tasawuf salah satu cara membongka rahsia Baginda
saw.
NIAT BELAJAR
Para penuntut ilmu Tasawuf wajiblah memulakan langkah awal
mereka melalui “NIAT” belajar. Niat
agar ilmu Tasawuf dipelajari untuk menjadi hamba Allah swt yang sentiasa Ingat
kepada Allah swt, Takut kepada Allah swt, Cinta kepada
Allah swt dan Rindu kepada
Allah swt. Jadi jangan ada Niat Selain daripada yang dinyatakan
tadi.
TOKOH TASAWUF TERKENAL SELEPAS WAFATNYA NABI MUHAMMAD SAW
Para Tokoh-tokoh Tasawuf terkenal di seluruh dunia adalah
Syiekh Abdul Qadir Jailani dan Imam Al-Ghazali. Sebelum Kedua-dua tokoh ini
meninggal dunia, mereka sempat menulis banyak kitab-kitab berkaitan Tasawuf.
Sehingga ujudnya Tarekat ataupun Silibus ilmu Tasawuf. KItab-kitab mereka lah menjadi bahan rujukkan
semua Guru dan Murid Tasawuf. Tokoh-tokoh ini juga di ikitiraf sebagai Wali
Allah atau Kekasih Kekasih Allah. Mereka mempunyai Keramat tersendiri dan salah satu keramat mereka
adalah Kitab-kitab mereka bertahan sehingga kini selepas 500 tahun.
Satu renungan kepada Para penentang ilmu Tasawuf, apakah
status para penentang untuk menentang ajaran ilmu Tasawuf sedangkan ianya
diasaskan oleh Nabi Muhammad saw dan dibongkar oleh para wali-wali Allah yang
terkenal ini ? Jikalau para penentang hanyalah seorang ilmuan yang berpengaruh
bolehkan si penentang menunjukkan bukti mereka lebih hebat daripada Syiekh
Abdul Qadir Jailani dan Imam Al-Ghazali ?
RISIKO TIDAK BELAJAR ILMU TASAWUF
Salah satu fokus ilmu Tasawuf adalah Ikhlas dalam beribadah.
Allah swt sendiri telah menceritakan bagaimana golongan yang tidak ikhlas dalam
beribadah . Golongan ini dinamakan golongan Munafik seperti ayat di bawah ini
Surah An'Nisa 142
“Sesungguhnya
orang munafik itu menipu Allah dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila
mereka berdiri untuk bersholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud
Riya ( dengan sholat ) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit.”
Ikhlas dalam melaksanakan ibadah adalah kunci ibadah
diterima. Antara Firman Allah swt untuk rujukkan kita bersama adalah surah di
bawah ini :
Surah Al-An Nam 162
“Sebutlah
sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku demi Tuhan Semesta Alam”
Bahkan Hati yang Ikhlas adalah juga suatu benteng dalam penghalang
digoda Iblis. Iblis sendiri mengakui
bahawa dia tidak dapat mengganggu golongan orang yang ikhlas seperti dalam
surah shad 82 hingga 83
“Iblis menjawab, maka
demi kekuasaan ENGKAU, aku sungguh akan menyesatkan mereka semuanya kecuali
hamba-HambaMU yang mukhlis ( iaitu orang yang Ikhlas ) di antara mereka”.
Menurut Syeikh Abdul Qadir jailani, Mukhlis adalah golongan
orang yang ikhlas melaksanakan ibadah
mereka. ( sumber kitab Rahsia Sufi mukasurat 56 ).
TAREKAT
Seperti mana yang kita sedia maklum , Umat Nabi Muhammad saw
mempunyai 4 madzhab terkenal. Madzhab ini dikenali melalui nama para Imam yang
bertaraf wali Allah iaitu Imam Syafie ra, Imam Malik ra, Imam Hanafi ra dan
Imam Hambali ra. Jikalau kesemua 4 orang imam ini merupakan pakar berkaitan
ilmu syariat, maka ada lagi 43 para wali Allah yang pakar dalam pembersihan
jiwa agar amalan ilmu syariat lebih sempurna. Dengan sedemikian maka ianya
dinamakan Tarekat. Tarekat dalam bahasa Arab bermakna ‘Jalan’ . Dalam bahasa
Moden bolehlah difahami sebagai silibus atau kaedah mendekati serta mengenali
Allah swt. Kesemua Tarekat ini masih
aktif dan diiktiraf oleh pihak berkaitan . Dalam ilmu Tasawuf, biasanya ada 4
cabang ilmu lagi yang dinamakan Tarekat, Syariat, Hakekat dan Makrifat. Golongan Tasawuf yang ingin menambahkan ilmu
Tasawuf, akan memperbaiki lagi ibadah ibadah mereka samada melalui bacaan doa dan bertasbih. Ilmu
syariat mereka akan diperbaiki lagi dalam usaha mendekatkan diri Kepada Allah
swt. Contoh paling mudah, mereka akan membaca doa doa khusus semasa
memberishkan anggota anggota badan sewaktu berwuduk. Berzikir / Bertasbih
merupakan amalan mereka di tengah malam .
HAKEKAT
Ilmu hakekat adalah ilmu paling dalam sekali . Ilmu
Hakekat adalah pembuka pintu mengenali
Allah swt. Ilmu Hakekat akan membongkar rahsia-rahsia ilmu Allah swt. Ilmu-ilmu
sebegini bukan sembarangan dibualkan. Sebagai contohnya, Syeikh Abdul Qadir Jailani
ra. Adalah seorang wali yang mempunyai kebenaran daripada Allah swt
menceritakan tentang ciptaan pertama
Allah swt ( iaitu Ruh ) dan tertulis dalam
kitab-kitab wali ini. Ini adalah kerana untuk mengenali Dzat Allah swt, kisah
berkaitan penciptaan Pertama sangat
akrab.
MAKRIFAT
Makrifat bermaksud
Mengenal. Makrifatullah pula membawa maksud Mengenali Allah swt. Dalam ilmu
Makrifat , mengenali Allah adalah melalui 20 Sifat Allah swt, 99 nama Allah swt, Affal ataupun
Perbuatan Allah swt dan Dzat Allah swt. Kebanyakknya golongan pemilik ilmu
Tasawuf lah mempunyai ilmu mengenali Allah swt
melalui Dzat Allah swt. Apabila Dzat Allah swt dikenali, akan timbul
satu perasaan takut ingkar kepada Allah
swt lebih tinggi. Perasaan takut inilah menyebabkan pemilik ilmu Tasawuf ini
berjihad elakkan diri melanggar larangan Allah swt. Apabila sudah mengenali Dzat Allah swt, ianya ibarat dapat melihat Allah swt dengan Jelas. Bak kata pepatah Allah swt itu ghaib pada alam tapi nyata pada Ilmu.
BIDAAH DALAM TASAWUF
Ilmu Tasawuf dan Tarekat juga tidak terkecuali untuk dituduh
mengamalkan amalan-amalan asing ataupun bidaah. Namun begitu amalan golongan
ini sebenarnya tidak pun melanggar hukum agama Islam. Golongan Tarekat /
Tasawuf adalah golongan yang paling banyak bertasbih / berzikir . Dalam
Al-Quran sendiri Allah swt berfirman
Surah Al-Ala 14 & 15
“Sungguh telah beruntunglah orang yang mensucikan dirinya. Menyebut nama
Tuhanya dan menjalankan sholat.”
Ayat di atas tertulis “Menyebut nama Tuhannya”. Bagi
Golongan Tasawuf / Tarekat, perbuatan tersebut adalah bertasbih / berzikir Nama
Allah swt. Dan cara mereka berzikir ataupun bertasbih ini dibuat samada melalui
mulut ataupun hanya dalam hati mereka. Ini dinyatakan oleh Allah swt dalam
firmannya
Surah Al-A’raf ayat 205
“ Dan ingatlah Tuhanmu
dalam hatimu, dengan rendah hati dan takut, dan tanpa mengeraskan suara pagi dan
petang, dan janglah masuk golongan yang lalai”
Para golongan Tarekat / Tasawuf juga melakukan aktiviti
sunat pada waktu malam. Ini bukanlah suatu perbuatan Bidaah. Ianya juga adalah
yang diseur oleh Allah swt dalam Al-Muzzammil ayat 6 hingga 8 iaitu :
“Sungguh bangun di
waktu malam adalah paling sesuai untuk sholat, dan paling baik untuk
mengucapkan perkataan . Sungguh sepanjang kau banyak pekerjaan. Dan sebutlah
nama Tuhanmu dan beribadahlah kepada NYA sepenuh hati”
Dalil di atas merupakan dalil yang kukuh apa yang golongan
Tarekat / Tasawuf lakukan bukanya
suatu bidaah. Ianya merupakan suatu seruan Allah swt untuk meningkatkan Takwa,
akidah, iman , ilmu dan membaiki akhlak. Jadi dimanakah hujah para penentang ilmu
tasawuf ini ambil kemudian menuduh amalan golongan Tarekat / Tasawuf itu Bidaah
?
PENUTUP
Setiap umat Nabi Muhammad saw wajib mempunyai wawasan apakah
golongan diri mereka semasa di dunia dan di akhirat. Umat Nabi Muhammad saw akan terbahagi kepada 3 golongan Besar iaitu
Mukmin, Abid dan Munafik. Hanya golongan Mukmin sahaja yang terlepas daripada
azab kubur dan Azab Neraka. Golongan mukmin ini
terbahagi kepada Rasul, Nabi, Wali dan Orang-orang yang Bertakwa. Penulis ingin menasihatkan kepada para pembaca
untuk memulakan langkah mendekatkan diri kepada Allah swt serta mengenali Allah
swt, mulakan lah dengan membaca Terjemahan Al-Quran. Habiskanlah bacaan
tersebut. Pastikan sebelum membaca terjemahannya bacalah Niat “ Sahaja Aku membaca
Terjemahan Al-Quran ini untuk memahami isi kandungan Al-Quran dan mengenali
Allah swt kerana Allah swt”. Insyallah , perbuatan anda direstui oleh Allah
swt.
Waala Hu Alam Bisawaab.
Hanya Allah lah lagi Maha Benar dan Mengetahui.
Comments
Post a Comment