TIGA GOLONGAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW

 

TIGA GOLONGAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW

Bismillahirrahmannirahim.

Artikel ini merupakan sekadar perkongisan berkaitan umat Nabi Muhammad saw yang terbahagi kepada 3 golongan besar.

Sungguhpun begitu, Saya ingin menegaskan bahawa atrikel ini tidaklah boleh dijadikan sumber yang teguh berkaitan tajuk yang dinyatakan di atas. Ini adalah kerana tidak mustahil adanya kecacatan dalam artikel ini. Artikel ini ditulis hasil daripada pembacaan dan juga beberapa ceramah yang pernah saya dengar.

Artikel ini dibuat dengan tujuan agar saya dan anda mengenali status kita dan untuk ada usaha bagi menambahkan lagi status kita kepada yang lebih baik . Sesungguhnya semua umat Islam bercita cita mempunyai status yang terbaik di alam barzakh dan alam akhirat.

Akhirkata saya memohon Doa Kepada ALLAH supaya diampunkan dosa saya jikalau artikel ini mempunyai kesilapan dan menyebabkan kekeliruan berlaku kepada para pembaca.

 

SUMBER RUJUKKAN 

1. Al-Quran & Terjemahannya

    Departemen Agama Repulik Indonesia  ( 1989 )

2. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran

     Bahagian Hal Ehawal Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (1995)

3. Indeks Al-Quran 

    A.S. Noordeen , 1996

4. Permata Al-Quran

    CV Rajawli 1987

 5. Rahsia Sufi

          Pustaka Nasional PTE Singapura

6. Membina Kebahagian Hidup

    Syarikat Nurulhas

 

PENGENALAN

Sebagai Umat Nabi Muhammad saw, dalil yang menjadi rujukkan hanyalah Al-Quran , Hadis dan sunnah baginda Nabi Muhammad saw. Berdasarkan kajian penulis, bahawasanya Umat Nabi Muhammad saw adalah dipanggil Orang-orang yang Beriman. Golongan ini adalah golongan yang sudah dijamin oleh Allah swt diampunkan pada hari akhirat dan tidak akan kekal berada di neraka ( Surah An-Nissa ayat 48 ) sepertimana golongan yang mempersekutukan Allah swt. Hasil carian penulis dalam Al-Quran, golongan Umat Muhammad saw  ianya akan terbahagi kepada 3 golongan besar pula . Golongan tersebut adalah seperti berikut  :

1.       Mukmin

2.       Abid

3.       Munafik

Di sini penulis akan menjelaskan tentang golongan tersebut .

1.       GOLONGAN MUKMIN

Dalam bahasa Arab, Mukmin adalah golongan orang yang memelihara diri daripada melanggar larangan Allah swt , konsisten dalam  ibadah yang di suruh oleh Allah swt , mengamalkan akhlak yang baik , melakukan amal soleh dan sentiasa membersihkan jiwa / hati mereka dengan berzikir. Golongan mukmin juga adalah golongan yang Ingat Akan Allah swt lebih daripada 5 kali sehari. Golongan mukmin ini juga mempunyai 4 darjat iaitu :

1.       Para Rasul

2.       Para Nabi

3.       Para Wali

4.       Para Golongan Takwa

Golongon mukmin ini biasanya memiliki ilmu Makrifatullah kerana ilmu itulah mereka sentiasa memelihara diri mereka daripada melakukan kesalahan dan dosa. Di hati mereka akan ujud perasaan yang Takut kepada Allah swt, Cinta kepada Allah swt dan Rindu kepada Allah swt. Salah satu petunjuk mereka rindu kepada Allah swt adalah rajin menyebut nama Allah swt dalam hati mereka ( ataupun dinamakan berzikir / bertasbih ).  Mereka beribadah kepada Allah swt dengan Hati yang ikhlas. Kebiasannya, Golongan Mukmin ini adalah orang-orang yang faham tentang Al-Quran  ataupun sudah pernah baca terjemahan Al-Quran sehingga khatam. Dalil yang boleh kita rujuk adalah dimana golongan Mukmin adalah golongan yang beribadat dan beruntung iaitu seperti surah berikut :

1. Surah As-Syam 9

    “Sungguh beruntunglah orang yang membersihkan ( jiwa ) nya.”

2. Surah Al-Baqarah 222

    “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.”

3. Surah Al-Ala 14 & 15

    “Sungguh telah beruntunglah orang yang mensucikan dirinya. Menyebut nama Tuhanya dan menjalankan sholat.”

4. Surah Al-A'raf 205

    "Dab sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai"

Semoga Allah swt sudi mendengar doa kita agar kita digolongkan dalam golongan Mukmin

Aaamin.


2. GOLONGAN ABID

 

Nama Abid adalah bermakna orang yang beribadah. Beza golongan Abid dan Golongan Mukmin adalah ilmu Makrifatullah tidak mereka miliki. Mereka biasanya hanya ada ilmu Tauhid dan ilmu Fekah tapi tidak berminat mendalami ilmu Tasawuf. Jikalau golongan mukmin berminat memahami makna Al-Quran dalam bahasa ibunda, golongan Abid pula hanya berminat memperbaiki bacaan Al-Quran dalam bahasa Arab. Abid lebih mengutamakan  kebersihan zahir manakala Mukmin mengutamakan kebersihan jiwa. Golongan abid hanya ingat Allah 5 kali sehari. Ibadah yang mereka buat juga dipertengahan samada Ikhlas ataupun tidak. Golongan abid ini dikatakan oleh Allah swt sebagai orang yang lalai dan golongan yang celaka seperti dalam surah berikut di bawah :

 1. Surah Al-Ma'un : 4,5,6

  “Maka celakalah orang-orang yang sholat. Yang melalaikan sholatnya.....”

2. Surah Maryam 59

    “Yang melalaikan sholat dan ikut hawa nafsunya.”

Golongan abid biarpun rajin beribadah namun mereka tetap membuat dosa dan masih sedar mereka berbuat dosa. Contoh paling mudah, Di Malaysia ada kes beberapa orang Ustaz didakwa di mahkamah atas kesalahan seksual ( Rogol & liwat ). Biarpun mereka mengerjakan sholat namun mereka masih tidak mempunyai perasan takut seperti golongan Mukmin. Golongan ini biasanya mahir membaca jawi dan Al-Quran namun kurang minat memahami Al-Quran melalui terjemahan ataupun Tafsir Al-Quran.

 

3.       GOLONGAN MUNAFIK

 

Golongan munafik adalah darjat paling rendah dalam umat nabi Muhammad saw. Allah swt telahpun menyebut golongan ini dalam surah seperti berikut :

Surah An'Nisa 142

   “Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud Riya ( dengan sholat ) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit.”

Surah An-Najm 32

   “ Dan janganlah kamu menampakkan diri itu sebagai orang suci, kerana Allah itu tahu siapa yang sebenarnya orang yang  bertakwa.”

 

Golongan Munafik adalah golongan yang mahir dalam berkata-kata apatah lagi dalam soal Agama, mereka menggunakan logik akal daripada perkara yang haram boleh menjadi halal. Golongan munafik tidak berminat dalam ilmu Agama dan mereka merasa cukuplah sekadar ‘ala kadar’. Ibadah mereka juga sedemikian adanya. Golongan ini juga tidak ikhlas dalam beribadah. Dari segi pembacaan Al-Quran , mereka juga seperti golongan Abid. 


Untuk peringatan kita semua, Al-Quran bukan setakat dibaca dalam bahasa Arabnya sahaja, tapi ianya diturunkan untuk menjadi bimbingan kepada umat Manusia. KIta WAJIB FAHAM APA YANG KITA BACA. Sebagai orang Malaysia, negara kita sudahpun mencetak Tafsir & Terjemahan Al-Quran. Untuk dapat pahala kita baca Al-Quran namun untuk meningkatkan iman kita sepatutnya faham apa yang Allah sampikan melalui Al-Quran. Bila Iman sudah bertambah selepas faham apa yang kita baca daripada Al-Quran ini bermakna kita sudah dicurahkan Rahmat dan Aungerah oleh Allah swt. Inilah hadiah yang tidak semua orang Islam layak mendapatnya. 

 

 

SUATU KISAH BENAR

 

Penulis pernah mempunyai seorang pembimbing dalam ilmu Tasawuf. Beliau merupakan hanya seorang pemandu teksi. Selama penulis mengenali arwah Sutekno Bin Jamin, penulis tidak pernah mendengar arwah pernah jadi imam di mana-mana  masjid atau surau ataupun menjadi bilal. Tidak pernah penulis mendengar arwah memberikan ceramah agama. Namun beberapa hari selepas arwah dikebumikan , anak arwah iaitu En. Pronomo Bin Sutekno menceritakan kepada penulis bahawa beliau ada bermimpi bertemu arwah ayahnya. Dalam mimpinya, arwah berada di sebuah rumah yang cantik dan besar di langit. Dalam pertemuan singkat  tersebut arwah sedang duduk di sebuah kerusi. Arwah ditemani oleh seorang lagi anaknya yang lebih awal meninggal dunia daripada arwah. Semasa duduk arwah sedang bertasbih . Penulis akhirnya menemui dalam kitab Rahsia Sufi bahawa inilah golongan Mukmin. Biarpun mereka sudah tidak lagi berada di bumi, mereka masih beribadah dengan cara berzikir / bertasbih di alam barzakh. Mimpi ini telah memberikan penulis harapan dan motivasi bahawa tiada yang mustahil untuk kita dapat berada dalam golongan mukmin biarpun kita tiada gelaran tertentu dalam darjat ilmu agama. Selagi kita berusaha mendekatkan diri Kepada Allah swt, Ikhlas beribadah, syukur, redha, sangka baik  dan memiliki ilmu makrifatullah sebagai  senjata melawan melakukan dosa, harapan dalam golongan mukmin sangat cerah.

 

Semoga Allah swt membantu kita dalam usaha kita menuju kepada darjat golongan mukmin.

Aaamin.

 

PENUTUP

 

Sebelum mengundur diri penulis ingin memohon maaf sekiraya ada kesilapan dalam menulis. Sesungguhnya menyebarkan ilmu untuk kebaikkan tidak perlu hingga kita dapat lesen atau gelaran ustaz / ustazah. Kerana apabila ilmu yang kita ada melalui bahan bacaan, ceramah dan hasil kajian sendiri, selagi ianya boleh memberikan manafaat maka sebarkanlah. Jika kita tidak dapat peluang berikan ceramah ambillah peluang berkongsi ilmu di alam siber.



Sesungguhnya Allah swt lagi Maha Mengetahui dan Maha Benar.

Comments

Popular posts from this blog

SALAH FAHAM ILMU TASAWUF

ASAS ILMU TASAWUF & TAREKAT

TIPS SHOLAT KHUSYUK