TIPS SHOLAT KHUSYUK

 

Pendahuluan

 

Bismillahirrahmannirahim.

Artikel ini merupakan TIPS bagi yang berminat untuk mendapatkan sholat yang Khusyuk. TIPS ini saya perolehi daripada bahan bacaan yang saya ada serta ceramah-ceramah agama yang pernah saya hadiri.

Sungguhpun begitu, Saya ingin menegaskan bahawa atrikel ini tidaklah boleh dijadikan sumber yang teguh berkaitan sholat yang khusyuk. Ini adalah kerana tidak mustahil adanya kecacatan dalam artikel ini. Pengalaman mencuba tips yang pernah dikongskikan oleh pihak lain saya usahakan dan Alhamdulilah ianya menjadi. Kalau dulu sholat 4 raakat boleh siap dalam masa 5 minit tapi kini ianya mengambil masa lebih dari itu. Penghayatan Sholat saya dahulu sudah berubah dan sangat berharap ianya akan bertambah baik pada masa akan datang.

Akhirkata saya memohon Doa Kepada ALLAH supaya diampunkan dosa saya jikalau artikel ini mempunyai kesilapan dan menyebabkan kekeliruan berlaku kepada para pembaca.

 

MENGAPA SHOLAT KHUSYUK PENTING

Kita ketahui bahawa sholat adalah wajib bagi umat Islam. Melaksanakan sholat sepatutnya dibuat secara bersungguh sungguh. Namun begitu berlaku juga kesilapan sendiri yang mana tidak mustahil solat kita adalah sia-sia. Merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran maka saya kongsikan kepada pembaca seperti di bawah ini.

Surah Al-Muminun 1,2 & 3

  Sesungguhnya berjayalah orang orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya Dan mereka  menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Ayat di atas mengambarkan kepada kita bahawa orang Islam yang berjaya adalah mereka yang Khusyuk dalam solat mereka dan memelihara diri daripada perbuatan yang sia sia. Di ayat yang lain pula Allah swt menjelaskan ada juga golongan yang bersholat dalam golongan celaka seperti ayat di bawah ini

1. Surah Al-Ma'un : 4,5,6

    Maka celakalah orang-orang yang sholat. Yang melalaikan sholatnya. Mereka ingin dilihat orang.           

2. Surah Maryam 59

    Yang melalaikan sholat dan ikut hawa nafsunya.

3. Surah An'Nisa 142

   Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud Riya ( dengan sholat ) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit.

Menurut Syekh Abdul Qadir Jailani dalam kitab Rahsia Sufi ( mukasurat 151 ), sholat yang tidak khusyuk  adalah sholat yang sia sia . Menurut beliau , “Sholat jasmaniah itu hanya mampu dilakukan dengan hati yang khusyuk. Kalau hati tidak khusyuk bagaimana hendak dikatakan sholat. Bagaimana hendak difahamkan apa yang diucapkan, padahal semua ucapan itu ditujukan kepada Allah, biar dia puji-pujian untuk Allah, mahupun doa-doa untuk dirinya sendiri. Hal ini wajarlah di perhatikan dengan teliti dan baik-baik agar sholat itu menjadi sempurna. Sholat itu adalah doa si Hamba kepada Khaliqnya yakni Allah swt. Shalat juga pertemuan antara hamba dengan Tuhan. Jika hati itu tertutup, tidak endah, tidak peduli ataupun mati, maka sholatnya tidak memberi sebarang manafaat padanya. Sholat yang tidak khusyuk itu tidak akan mendatangkan apa apa faedah kepada diri jasmani kerana hati itu adalah Zat kepada Badan.”

Apa yang dikatakan oleh Syiekh Abdul Qadir Jailani pada tulisan bergaris bawah (  difahamkan apa yang diucapkan,) penulis mendapati  Allah swt melarang kita mendirikan sholat ketika mabuk dan sehingga kita faham apa yang kita bacakan. Ayat tersebut ada pada surah An-Nisa ayat 43 dan tertulis seperti di bawah ini :

"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu sholat sedang kamu dalam keadaan mabuk.  sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan".....

Apabila kita membaca ayat di atas, Allah swt sendiri meminta kita mengerti apa yang kita bacakan dalam bacaan sholat. Jikalau kita membaca bacaan sholat dalam hati dalam bahasa ibunda manakala di mulut kita pula membaca dalam bahasa Arab, ini mengambarkan kita bersholat zahir dan Batin.

Beberapa tahun lalu, penulis pernah ditanya oleh seorang kenalan yang agak kehairanan bagaimana seseorang yang mendirikan sholat 5 waktu setiap hari namun masih berani melanggar larangan Agama dan undang-undang negara dengan menyeleweng dan memalsukan dana kerajaan. Di Malaysia juga kita selalu mendengar kes beberapa tokoh politik negara yang terjebak dalam gejala rasuah sedangkan mereka ini tidak lupa mendirikan sholat 5 waktu serta menunaikan ibadah umrah atau ibadah Haji dengan kerap. Dalam surah Al-Ankabut ayat 45, Allah swt berfirman

“ Dan dirikanlah Sholat, sungguh sholat mencegah orang berbuat keji dan mungkar”

Namun begitu Allah swt Juga ada berfirman melalui surah Al-Maun

    “Maka celakalah orang-orang yang sholat. Yang melalaikan sholatnya. Mereka ingin dilihat orang.”           

Sholat perlu dilakukan dengan ikhlas hanya kepada Allah swt seperti dalam firman NYA :

Surah Al-Mu'Min 14

 “Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada NYA  sahaja sekalipun  orang orang  kafir tidak menyukai.”

Merujuk kepada kes-kes sedemikan, apa yang  diFirmankan oleh  Allah swt serta daripada  Syekh Abudl Qadir Jailani inilah bukti kukuh betapa pentingya menghayati dan memahami ibadah  sholat itu apa sebenaranya. Khusyuk adalah kunci sholat yang sempurna manakala ikhlas adalah pintunya.

 

 

SHOLAT ADA DARJATNYA TERSENDIRI

Kita sedar bahawa akidah setiap umat Islam sangat bergantung kepada Ilmu, Iman, Ibadah serta akhlak. Kita diajar melaksanakan ibadah sholat sejak di bangku sekolah lagi. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki kualiti sholat kita supaya kita bukan dalam golongan hamba hamba Allah yang celaka  dan munafik ( seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran ). Ikhlas beribadah adalah Perintah Allah swt seperti dalam satu ayat iaitu :

1.    Surah Al-An Nam 162

            "Sebutlah sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku demi Tuhan Semesta Alam"

      2. Surah Al-Mu'Min 14

 "Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada NYA sahaja sekalipun  orang orang  kafir tidak menyukai."

 

Hasil daripada pemerhatian penulis, ibadah sholat terbahagi kepada 3 darjat. Iaitu

1.       Sholat Yang sia-sia

2.       Sholat yang dibuat hanya oleh jasad atau zahir sahaja

3.       Sholat zahir ( jasad ) dan Batin ( Rohani )

Dibawah ini adalah penjelasan setiap darjat sholat tersebut ;

1.       Sholat Yang sia-sia

a.       Hanya mahu siap dan ditunaikan sahaja

b.      Dibuat secara tergesa gesa

c.       Pakaian tidak sesuai

d.      Bacaan sholat tidak difahami dalam bahasa ibunda

e.      Akhlak buruk terutama mulutnya celupar

f.        Samasekali tidak ikhlas kepada Allah swt

g.       Tidak berminat membaiki kualiti sholat

 

2.       Sholat yang dibuat hanya oleh jasad atau zahir sahaja

a.       Dibuat secara cepat

b.      Hanya fokus Bacaan sholat dalam bahasa arab sahaja

c.       Hati kosong manakala minda juga kosong ataupun lalai kepada hal-hal lain

d.      Hanya mengutamakan kebersihan zahir

 

3.       Sholat Zahir & batin ( Jasad & Roh bersholat bersama-sama )

a.       Dibuat secara fokus 100 %

b.      Menganggap itulah solat terakhir semasa hidup

c.       Jangkamasa siap minimum 7 minit manakala maksimum 15 minit tidak termasuk doa.

d.      Mulut membaca bacaan sholat dengan teliti dalam bahasa arab manakala hati pula membaca teliti dalam bahasa ibunda.

e.      Mengutamakan kebersihan hati dahulu manakala kebersihan zahir terkemudian.

f.        Berusaha berpakaian yang sopan bukan setakat asal tutup aurat

g.       Menganggap sholat adalah detik penting pertemuan antara hamba dengan Allah swt. Peluang berjumpa dan berbicara dengan Allah swt. ( Ibarat perasaan kita dijemput oleh Pemimpin Besar seperti Raja atau Agong. Surat jemputan pertemuan berbual bersama Pemimpin Besar dihantar oleh Pihak Polis. Sampai di Istana, Si Raja mengajak kita berbual di kamar istimewa. Si Raja hanya bertanya satu Soalan Apa boleh Raja bantu kamu, maka kita pun membalas soalan si Raja dengan pelbagai permintaan. Sudah tentulah pertemuan tersebut kita berpakaian Kemas dan sopan. Percakapan kita juga teratus dan beradab ).

h.      Memahami 100% bacaan doa dalam bahasa arab  ATAU berdoa dalam bahasa ibunda agar tiada berlaku kesilapan memohon kepada Allah swt selepas siap bersholat.

i.         Berdoa dengan penuh keikhlasan sambil ada perasaan takut & harap ( seperti yang diterangkan dalam surah As-Sajadah ayat 16 ).

j.        Rajin bertasbih / berzikir samada zikir meminta ampun atau zikir menyebut nama Allah dalam hati ataupun berselawat kepada Nabi Muhammad saw.

 

PETUA SUPAYA DAPAT SHOLAT YANG KHUSYUK

Bagi penulis, sholat yang khusyuk boleh dicapai kerana beberapa sebab iaitu :

1.       Tekun berusaha membersihkan jiwa daripada unsur unsur negatif ( memerlukan ilmu Tasawuf dan bertasibih / berzikir di hati selalu )

2.       Tekun dan ikhlas memahami ayat-ayat Al-Quran untuk memperbaiki diri.  Al-Quran dibaca untuk difahami dalam bahasa ibunda.

3.       Menjaga kualiti kesempurnaan hadas besar dan hadas kecil

4.       Membaca doa doa khas setiap anggota badan yang disirami air ketika berwuduk . ( dalam kitab Ihya Ulumiddin tulisan Imam Al-Ghazali setiap anggota badan yang dibersihkan oleh air semasa wuduk ada bacaan doanya . Buat masa ini penulis hanya membaca Astagfirullah Al- azim setiap anggota badan yang dibersihkan dengan niat agar setiap dosa yang pernah dilakukan oleh anggota badan tersebut diampunkan Allah swt. Manakala untuk di tengkuk pula penulis menyebut Aa’ u zubillah min zalik kerana menurut imam Al-Ghazai ketika di akhirat kelak, akan dikalungkan buku rekod dosa-dosa kita di tengkuk kita. Maka niat membaca Aa’ u zubillah min zalik minta dijauhkan perkara tersebut ).

5.       Mulut membaca bacaan solat bahasa arab manakala di hati membaca bacaan solat dalam bahasa ibunda. ( Penulis berpendapat bagi bangsa arab, mereka cepat khusyuk adalah disebabkan mereka faham bacaan dalam sholat. Justeru itu bagi golongan yang tidak faham bahasa arab, sesuailah kita baca bacaan doa dalam bahasa ibunda dalam hati kita. Ini bermakna dalam sholat kita, bacaan kita ada 2 bahasa. Dengan membaca bacaan bahasa ibunda dalam hati, penghayatan kita sewaktu sholat boelh bertambah baik ).

6.       Jaga adab dan tertib tiap pergerakkan dalam sholat.

7.       Sebelum membaca niat, perasaan anggap itulah sholat terakhir semasa hidup dan wajib dibuat secara sehabis baik.

8.       Tidak perlu tergesa-gesa untuk menyempurnakan ibadat sholat.

 

SHOLAT ZAHIR & BATIN

 Jikalau kita rujuk semula tulisan Syiekh Abdul Qadir Jailani, beliau menerangkan bahawa ketika sholat Jasad & Ruh perlu bersholat bersama-sama. Secara logiknya Allah swt menciptakan makhluk jin dan manusia untuk menyembah NYA. Setiap ciptaan Allah swt semuanya berpasang-pasangan contohnya adanya Siang dan adanya malam. Allah swt mencipta Jasad dan Ruh maka sudah pastilah kedua-duanya ( Jasad dan Ruh ) wajib menyembah atau bersholat kepada Allah swt. Mana mungkin hanya si jasad sahaja bersholat dan membaca bacaan sholat sedangkan si Ruh hanya berdiam sahaja. Pada masa yang sama, andaikata bacaan sholat dalam bahasa Arab kita tersilap, sekurang-kurangnya bacaan tersebut disampaikan juga dalam bahasa ibunda dalam hati kita. 



KLU SHOLAT KITA DITERIMA

 

Adalah penting bagi kita mempunyai cita-cita tinggi supaya sholat kita diterima. Sholat yang diterima adalah urusan Allah swt. Namun perlu di ingat ada orang buat sholat untuk Riya (. Surah An'Nisa 142 ), Sholat untuk pahala sahaja (Surah Al-Ma'un : 4,5,6 ) dan sholat untuk mendapat rahmat daripada Allah swt. (Surah Al-Ala 14 & 15 ) .

Tidak dinafikan keikhlasan dan diterima ibadah kita Oleh Allah swt hanya boleh kita tahu 100% di akhirat kelak. Namun percayalah Allah swt juga memberikan klu tersebut. Ibarat klu hujan akan turun maka akan mendung dan kadangkala panas terik matahari.  Antara Klu yang boleh kita jadikan dalil adalah seperti dalam surah Al-Ala ayat 10 iaitu

 “sedang mereka kepada Tuhanya dengan rasa Takut dan harapan”.

Jika perasaan ini ujud dan tinggal dalam hati kita, tidak mustahil doa-doa kita sudah ada yang dimakbulkan seperti yang kita minta sewaktu duduk dalam sholat . ( semasa duduk kita membaca : Tuhanku , Ampunilah aku , Rahmatilah aku, Cukupkanlah aku, Angkatkanlah darjatku, Berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sehatkanlah aku dan maafkanlah aku ).

Bila perasaan takut dan harap sudah ujud, tidak mustahil kita akan bertindak untuk perbaiki diri. Antara perbaikan diri yang kita buat adalah cuba baiki kualiti sholat, cuba sedaya upaya elakkan buat dosa, cuba amalkan akhlak yang baik terutama cara bercakap, rasa cepat rindu membaca terjemahan Al-Quran , mengelakkan riya /ujub diri , ingin menambahkan ilmu agama dan ingin selalu memberishkan hati melalui berzikir / bertasbih menyebut nama Allah swt.

Hilang rasa malas untuk mendirikan sholat merupakan satu Rahmat Allah swt. Ini disebabkan timbul rasa ‘detik indah berbicara dengan Allah swt” ketika sholat. Maka tertinggal mengerjakan sholat itu akan cuba dielakkan sebaik mungkin.

Rasa ringan mengerjakan sholat sunat juga adalah satu Rahmat Allah swt. Ini adalah kerana yang diinginkan bukan lagi Pahala tapi Rahmat. Rahmat itu dikurinakan dalam hati dengan perasaan  ‘detik indah berbicara dengan Allah swt”.

 

PENUTUP

Apa yang penulis sampaikan di artikel ini merupakan suatu perkongisan pengalaman penulis sendiri dalam usaha mendapatkan sholat yang khusyuk.  Kitab Rahsia Sufi & Kitab Ihya Ulumiddin merupakan kitab ilmu Tasawuf yang ada menerangkan cara tersebut. Memandangkan ianya kitab Tasawuf dan bahasa golongan Tasawuf ini begitu mendalam, maka ianya cuba di terangkan dengan cara yang lebih mudah faham untuk zaman ini.


Penulis juga adalah bekas pelajar separuh masa di Pondok Pensanteran , Samarinda , Indonesia. Arwah Guru penulis akan datang ke Malaysia untuk mengajar kami dalam ilmu Tasawuf setiap tahun . Kali pertama penulis menjadi makmum kepada arwah Guru, penulis amat hairan kerana arwah Guru akan mengambil masa yang agak panjang ketika bersholat padahal  bacaan surah-surah adalah surah-surah pendek. Disitulah penulis faham secara perlahan lahan apakah sholat jasad dan Ruh. 

Penulis sebenarnya kurang berminat berkongsi ilmu ini kerana penulis bukanlah seorang ilmuan bergelar Ustaz. Namun apabila penulis terjumpa suatu ayat dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Maidah ayat 2 maka hati penulis pun berkongsi pengalaman ini.

“Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikkan dan Takwa. Dan janganlah kamu tolong menolong dalam dosa dan permusuhan”

Allah swt telah menciptakan setiap sesuatu berpasang-pasangan. Contohnya ada jin ada malaikat, ada manusia ada haiwan, ada siang ada malam,  ada ilmu zahir / nyata ada juga ilmu Batin dan ghaib manakala ada jasad dan ada roh. Sudah pastilah Jasad dan Roh perlu bersholat kerana kedua-duanya adalah ciptaan Allah swt. Bila kedua-duanya bersholat maka terhasilah suatu detik yang indah bila melaksanakan sholat.


Allah lagi Maha Benar & lebih Maha Mengetahui

Comments

Popular posts from this blog

SALAH FAHAM ILMU TASAWUF

ASAS ILMU TASAWUF & TAREKAT