TIPS MEMBERSIHKAN HATI

 


 

Pendahuluan

 

Bismillahirrahmannirahim.

Artikel ini merupakan TIPS bagi yang berminat untuk membersihkan hati . TIPS ini saya perolehi daripada bahan bacaan yang saya ada serta ceramah-ceramah agama yang pernah saya hadiri.

Sunnguhpun begitu, Saya ingin menegaskan bahawa atrikel ini tidaklah boleh dijadikan sumber yang teguh berkaitan pembersihan Hati / jiwa. Ini adalah kerana tidak mustahil adanya kecacatan dalam artikel ini. Pengalaman mencuba tips yang pernah dikongskikan oleh pihak lain saya usahakan dan Alhamdulilah ianya menjadi. Ketika hati mempunyai banyak kekotoran, kita tidak akan takut menlanggar larangan Allah. Kita jarang mendapat ilmu agama melalui ilham ataupun ilmu laduni. Sholat yang kita buat juga asal siap. Namun dengan taubat dan azam untuk berubah,menambah ilmu dengan  amalan berzikir  atau bertasbih membuahkan hasil yang baik. Perubahan ketara dalam diri adalah adanya perasaan Takut untuk membuat dosa  dan larangan Allah. Penghayatan  saya berkaitan agama dahulu sudah berubah dan sangat berharap ianya akan bertambah baik pada masa akan datang.

Akhirkata saya memohon Doa Kepada ALLAH supaya diampunkan dosa saya jikalau artikel ini mempunyai kesilapan dan menyebabkan kekeliruan berlaku kepada para pembaca.

 

SUMBER RUJUKKAN 

1. Al-Quran & Terjemahannya

    Departemen Agama Repulik Indonesia  ( 1989 )

2. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran

     Bahagian Hal Ehawal Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (1995)

3. Indeks Al-Quran 

    A.S. Noordeen , 1996

4. Permata Al-Quran

    CV Rajawli 1987

5. Kunci Memahami ilmu Tasawuf

    PT. Binailmu 1979

6. Membina Kebahagian Hidup

Syarikat Nurulhas

 

 

Mengapakah Hati Kotor ?

 

Imam Al-Ghazali  dalam kitab Membina Kebahagian Hidup menyatakan hati yang kotor adalah hati yang dikuasai Nafsu manakala hati yang bersih dikuasai oleh ilmu dan akal. Hati manusia juga adalah RAJA dalam jasad manusia. Hatilah yang akan membuat sebarang keputusan semua tindakan manusia. Apabila Nafsu dalam hati menjadi Tuhan maka hati itu akan membawa masalah semasa hidup di dunia apatah lagi di akhirat. Hati yang kotor ini dianggap mempunyai tentera-tenteranya tersendiri. Tentera-tentera ini adalah unsur-unsur Negatif yang menetap di hati manusia. Justeru itu untuk melemahkan unsur-unsur negatif ini maka kita patut kenali siapakah mereka . Unsur-unsur negatif ini adalah seperti berikut :

1.       Sombong

2.       Takbur

3.       Ujub

4.       Riya

5.       Dengki

6.       Marah

7.       Buruk sangka

8.       Kikir atau bakhil

9.       Tergesa gesa

10.   Tidak sensetif

11.   Celupar

12.   Meninggi diri

13.   Lupa jasa orang lain

14.   Enggan bermuasyuarah

15.   Tidak mau bermuhasabah

16.   Malas beribadah

17.   Suka adu domba

18.   Suka mengumpat

19.   Suka menyalahkan pihak lain

20.   Jarang bersyukur

21.   Tidak terima nasihat sesiapa

22.   Lalai

23.   Sukar berzikir atau jarang sekali

24.   Tidak minat fahami ayat Al-Quran dalam bahasa ibunda

25.   Menolak perubahan yang ke arah positif

26.   Anggap sentiasa betul

27.   Cipta hujah tanpa dalil yang sahih

28.   Pilih kasih

29.   Tidak berlaku adil

30.   Suka ceritakan aib orang ( mengumpat )

31.   Sukar tahu diri sudah buat dosa

32.   Sukar ikhlas dalam ibadah

Dalam usaha untuk membersihkan hati, wajiblah bagi kita mengenali dulu unsur-unsur negatif ini. Sama lah seperti seorang mekanik kereta. Sebelum dibaiki, mereka perlu kenal fungsi dan nama setiap komponen tersebut.  Justeru itulah perlulah kita kenali unsur-unsur negatif tersebut. Ada unsur-unsur ini sangat kuat dan ada juga yang masih lemah. Yang kuat itu ibarat sudah remaja manakala yang lemah itu masih kanak-kanak.  Penulis menggalakan agar pembaca mendapatkan kitab Membina Kebahagian Hidup yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali. Kitab tersebut akan menerangkan secara terperinici berkaitan Rahsia Hati.

 

 

KEUNTUNGAN ORANG YANG HATINYA BERSIH

Allah swt telah berfirman dalam Al-Quran sebanyak beberapa kali antarnya iaitu

1. Surah As-Syam 9

    "Sungguh beruntunglah orang yang membersihkan ( jiwa ) nya."

2. Surah Al-Baqarah 222

    "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."

3. Surah Al-Ala 14 & 15

    "Sungguh telah beruntunglah orang yang mensucikan dirinya. Menyebut nama Tuhanya dan menjalankan sholat."

 

Jikalau kita buat carian dalam Al-Quran, sesungguhnya tiada pun ayat mengatakan bahawa kecelakaan kepada orang yang membersihkan hati namun mereka ini adalah golongan orang beriman yang beruntung . Golongan yang sentiasa membersihkan jiwa ini dinamakan Golongan Mukmin iaitu orang-orang yang memelihara diri mereka daripada membuat perkara yang dilarang oleh Allah.  Itulah bezanya antara golongan Mukmin dengan golongan Abid ( golongan abid adalah golongan yang  yang hanya beribadat ataupun bersholat tetapi mereka tidak  membersihkan hati ). Golongan abid seperti ini dimurkai Allah swt seperti dalam ayat-ayat berikut :

 1. Surah Al-Ma'un : 4,5,6

    "Maka celakalah orang-orang yang sholat. Yang melalaikan sholatnya. Mereka ingin dilihat orang".           

2. Surah Maryam 59

    "Yang melalaikan sholat dan ikut hawa nafsunya."

3. Surah An'Nisa 142

   "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud Riya ( dengan sholat ) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit."

Semoga Allah swt menolong kita daripada tergolong dalam golongan orang yang celaka.

Aamiin.

 

PETUA MEMBERSIHKAN HATI

Dalam usaha membersihkan Hati, kita tidak lari daripada 4 perkara ini iaitu :

1.       Ilmu ( Terutamanya Ilmu Tasawuf  . Dinasihatkan membaca Kitab Membina Kebahagian hidup Tulisan Imam Al-Ghazali )

2.       Membaca terjemahan Al-Quran untuk difahami sehingga Tamat atau Khatam 

3.       Bersholat

4.       Berzikir atau bertasbih

 

Kaedah atau Cara-cara membersihkan Hati

Memang tidak disangkal, untuk membersihkan hati, menyertai perguruan dalam ilmu Tarekat amatlah berbaloi. Para guru ilmu Tasawuf akan membimbing kita untuk membersihkan jiwa dengan cara-cara ( silibus ) yang mereka ada.  Namun begitu , bagi kita yang ingin mencuba sendiri juga tidak lah ada larangannya. Penulis  ambil  sedikit cara-cara tersebut di artikel ini agar ianya sebagai permulaan. Antara caranya adalah :

1.       Mandi Hadas Besar

2.       Mendirikan  sholat sunat Taubat

3.       Selesai sholat sunat  Taubat, dirikan pula Solat sunat Hajat memohon bimbingan daripada Allah swt

4.       Selesai sholat sunat Hajat maka berdoalah agar mendapat bimbingan daripada Allah swt biarpun dalam bahasa melayu. Sebagai contonya :

“ Wahai Allah Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada mu dengan sepenuh keikhlasan hatiku yang termampu, namun Engkaulah lagi mengetahui akan keikhlasan serta kejujuran hati ku . Anugerahkanlah Kedudukan yang terpuji lagi tertinggi kepada Nabi Muhammad saw. Limpahkanlah kepada baginda makam yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau Ya Allah samasekali tidak memungkiri janji. Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepada Engkau permudahkan usaha ku membersihkan hati ku. Dan aku akan bertasbih menyebut nama Mu untuk membersihkan hatiku sebentar lagi. Maka ku harap Engkau bimbinglah aku. Ya Allah, sesunguhhnya aku mengakui Tiada Tuhan Yang Disembah melalinkan Engkau Ya Allah, dan aku mengakui bahawasanya tiada sesiapa pun yang layak mendengar doaku, memperkenankan doa ku melainkan Engkau Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tunggal dan Esa , Tuhan kepada setiap sesuatu. Maka kuharapkan  agar Engkau sudi mendengar Doaku dan sudi mempertimbangkan doa ku, kerana sesungguhnya aku berdoa untuk membersihkan hatiku untuk semakin Cinta dan Takut pada Mu, maka ku serahkan segala-galanya kepada MU. Aaamiin.”

 

5.       Selesai berdoa maka bolehlah membaca niat

“sahaja aku berzikir dengan menyebut Nama Allah sebanyak  ( sebut bilangan zikir yang ingin dibuat ) untuk memperkuatkan ingatan ku kepada Allah dan membersihkan hati ku kerana Allah swt”

 

6.       Berzikirlah / bertasbih menyebut nama Allah dalam hati.

 

7.       Selesai berzikir maka bolehlah membaca doa

“Ya Allah ya Tuhanku, telah ku selesaikan bertasbih menyebut nama Mu, dan kuharapkan Engkau sudi membantuku untuk membersihkan hati ku. Ya Allah, sesunguhhnya aku mengakui Tiada Tuhan Yang Disembah melalinkan Engkau Ya Allah, dan aku mengakui bahawasanya tiada sesiapa pun yang layak mendengar doaku, memperkenankan doa ku melainkan Engkau Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tunggal dan Esa , Tuhan kepada setiap sesuatu. Maka kuharapkan  agar Engkau sudi mendengar Doaku dan sudi mempertimbangkan doa ku, kerana sesungguhnya aku berdoa untuk membersihkan hatiku untuk semakin Cinta dan Takut pada Mu, maka ku serahkan segala-galanya kepada MU. Aaamiin.”

 

8.       Membaca terjemahan Al-Quran agar ianya dapat difahami adalah satu perbuatan yang boleh memberikan kesan kepada hati. Apabila faham apa yang dibaca pasti akan timbul perasaan takut untuk berbuat dosa dan berharap untuk berpeluang membuat pahala. Pengalaman penulis sendiri telah membuat penulis rasa insaf terhadap kesilapan masa silam. Penulis juga telah berazam pada tahun 1995 untuk mengkhatamkan terjemahan Al-Quran dan Alhamdulilah  ianya dapat ditamatkan selama 3 bulan dengan masa yang agak cemburu. Bagi pendapat penulis, Allah swt menurunkan  Al-Quran adalah sebagai Panduan dan difahami. Al-Quran bukan setakat dibaca dalam bahasa arabnya tapi mestilah ada azam untuk difahami apa yang dibaca. Jika membacanya boleh dapat Pahala, sudah pasti memahami ianya boleh mendapat Rahmat dengan faedah bersama. Maka bacalah untuk difahami Al-Quran agar dapat Faedah, Rahmat dan Pahala kerana ada ramai umat islam yang mampu baca jawi tapi tetap langgar larangan Allah kerana mereka tidak pernah ada azam untuk memahami Al-Quran.

 

DALIL DALIL AL-QURAN BERKAITAN BERZIKIR & BERTASBIH

 

Mengingati Allah swt adalah merupakan suatu perkara yang penting selagi selepas sahaja kita bangkit dari tidur.  Ini jelas dinyatakan melalui surah Al-Ankabut ayat 45 iaitu :

“... Dan sesungguhgnya mengingati Allah lebih besar ( faedahnya dan kesannya )....”

Allah swt juga ada menyeru agar umat Islam berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah swt melalui Surah Al-Maidah : 35 

“Hai orang orang beriman ! Bertakwalah kepada Allah , Carilah jalan supaya dekat kepada NYA. Dan berjihadlah di jalan NYA supaya kamu berjaya.”

Pada ayat lain, Allah swt sendiri telah mengajar kita untuk membersihkan hati melalui Surah Al-Ala 14 & 15

    “Sungguh telah beruntunglah orang yang mensucikan dirinya. Menyebut nama Tuhanya dan menjalankan sholat.”

Ayat di atas dengan jelas nyata bahawa orang-orang yang beruntung adalah mereka yang membersihkan diri beserta menyebut ( berzikir/ bertasbih ) menyebut nama Allah dan mendirikan sholat.

Pada surah Al-Ahzab ayat 41 hingga ayat 43 , jelas dengan nyata bahawa Allah swt menerangkan hati akan bersih daripada gelap kepada terang  melalui bertasbih / berzikir menyebut nama NYA iaitu :

“Wahai orang-orang yang beriman. Ingatlah serta sebutlah Allah  dengan ingatan serta sebutan yang sebanyk-banyak. Dan bertasbihlah kamu kepada NYA  pada waktu pagi dan petang. DIA lah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat NYA ( berdoa bagi mu ) untuk mengeluarkan kamu daripada gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang. Dan adalah IA sentiasa melimpah-limpah  rahmat NYA kepada orang-orang yang beriman.”

Pada surah Al-Araaf ayat 205, Allah swt mengajar kita umatnya untuk mengingati Allah iaitu berzikir dalam hati kita seperti berikut :

“ Dan sebutlah dan ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri dan perasaan takut  ( melanggar perintahNYA ), dan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang. Dan jangalan engkau menjadi orang-orang yang lalai”

 

PERUMPAAN HATI

Kita bayangkan satu perumpaan. Anggaplah satu botol yang kosong itu hati kita. Kita isi botol tersebut dengan minyak hitam ( minyak enjin ). Kemudian tanpa mengangkat botol tersebut, kita ambil satu hos air dan isikan air tersebut ke dalam botol tadi. Sudah pasti lama kelamaan minyak tersebut akan melimpah keluar ditolak oleh si air sehingga sampai satu masa air yang jernih akan mengganti  minyak hitam tadi. Perlu diingat minyak hitam ini biasanya akan melekat di dinding dalam botol. Yang melekat ini sangat degil dan memerlukan masa yang lama untuk si air membuangnya. Begitulah hati kita. Air itu ibarat zikir dan minyak itu adalah unsur-unsur negatif dalam hati. Usaha berterusan hingga nyawa di ambil perlu dibuat dalam berzikir.

 

 

PENUTUP

Daripada artikel ini, dapatlah kita buat rumusan bahawa membersihkan Hati adalah melalui amalan berzikir ataupun bertasbih menyebut Nama Allah. Apabila amalan ini dibuat selalu, tidak mustahil hati kita akan terus menyebut nama Allah selalu sehingga setiap saat. Mengingati Allah akan mententeramkan jiwa serta akan timbul rasa takut untuk membuat Dosa. Bila hati sudah bersih maka ingatan kepada  Allah juga makin bertambah. Apabila ini sudah berjaya dicapai, peluang untuk kita berada dalam golongon orang Mukmin sangat baik. Orang yang bersih hatinya jugalah berpeluang  mengenal Dzat Allah swt. Ini adalah kerana ilmu Makrifatullah adalah ilmu yang suci, ilmu itu tidak boleh masuk ke dalam hati yang kotor dan busuk.

Amatlah diharapkan agar  artikel ringas ini mampu memberi manafaat kepada para Pembaca. Diceritakan bahawa para wali Allah adalah golongan yang sentiasa berzikir / bertasbih menyebut nama Allah. Harapan terbaik untuk kita adalah dengan berusaha menjadi golongan Mukmin dan mengamalkan amalan sunat bertasbih menyebut Nama Allah swt seperti yang dibuat oleh Nabi Muhammad saw dan para kekasih-kekasih Allah.

 

Wala Hu Alam Bisaawaab

Allah lagi Maha Mengetahui dan Maha Benar

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

SALAH FAHAM ILMU TASAWUF

ASAS ILMU TASAWUF & TAREKAT

TIPS SHOLAT KHUSYUK